SepangOnline

Tuesday, November 14, 2006

Timbalan Menteri ugut pihak yang mendedahkan rasuahnya

(Dari kiri) Syed Shahir, Sivarasa Rasiah dan Mohamad Tahir

Oleh: Faisal Mustaffa

KUALA LUMPUR 13 Nov – Ahli perniagaan, Mohamad Tahir Fazal Mohd, 44 yang mendedahkan kegiatan rasuah Timbalan Mentri Kerja Raya, Dato Ir Mohd Zin Mohamed melalu sidang media yang dibuat oleh Parti Keadilan Rakyat (keADILan) Bahagian Kelana Jaya 7 November lalu menerima ugutan dan dipaksa menandatangani surat sumpah supaya semua pertuduhan yang dibuat ke atas Timbalan Menteri itu batal.

Menurut Mohamad Tahir, sejak berita pendedahan tersebut disiarkan oleh beberapa media tempatan dari 8 hinga 10 November lepas, beliau menerima banyak panggilan daripada Setiausaha Sulit Kanan Timabalan Menteri itu, Firdaus Baharuddin untuk membincang dan ‘menyelesaikan’ perkara tersebut.

Pada 9 November lalu, Mohamad Tahir diarah oleh Firdaus untuk menemui Mohd Zin di Hotel Equatorial di sini.

“Tetapi saya tidak pergi,” beritahu Mohamad Tahir kepada pemberita di pejabat keADILan.

Pada 8 November pula, beliau menerima satu lagi panggilan daripada kenalan lamanya yang terbaca berita pendedahan rasuah Timbalan Menteri dan mahu menemui beliau.

Dalam pertemuan tersebut, Mohamad Tahir dipaksa untuk menarik balik semua pertuduhan yang telah dibuat semasa sidang media dan laporan-laporan ke Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum ini.

Menurut rakan tersebut, sekiranya Mohamad Tahir enggan berbuat demikian, rakan tersebut memberitahu bahawa Mohhd ZIn akan menggunakan pengaruh politiknya suapaya Mohamad Tahir ditangkap oleh pihak polis atau nyawa Mohamad Tahir berada dalam bahaya.

“Mohd Zin juga mengugut untuk menculik anak saya yang bersekolah,” ujar Mohamad Tahir.

Justeru, Mohamad Tahir membuat satu laporan ke Balai Polis Sea Park pada 11 November lepas dan meminta perlindungan daripada pihak berkuasa terhadap nyawanya dan keluarganya yang diancam.

Mohd Zin yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO ialah Pengerusi Eksekutif bagi Silkway Cargo Services Ltd yang mempunyai menjalankan perniagaan di Bangladesh.

Mohd Zin didakwa menggunakan pengaruh politiknya sebagai Timbalan Menteri bagi menjawat jawatan tersebut.

Sejak perlantikan tersebut pada 18 September 2000, Mohd ZIn menerima pulangan sebanyak lebih RM10juta.

Wang tersebut dibawa masuk ke negara ini melalui kaedah yang bercanggah dengan undang-undang negara, iaitu kaedah yang dipanggil ”hundi”.

Wang tunai dibawa masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lalu dimasukkan melalui akaun setiausaha sulitnya, Hasnita Ahmad Bastaman.

Perbuatan tersebut telah dilaporkan ke Ibu Pejabat Plis Bukit Aman dan Ibu Pejabat BPR Kuala Lumpur tetapi Mohamad Tahir sehingga kini tidak dipanggil untuk memberi kenyataan.

Naib Presiden keADILan, Sivarasa Rasiah dan Ketua Bhagian Kelana Jaya, Syed Shahir Mohamud hadir pada sidang media tersebut.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home