Paparan Suara Keadilan Keluaran 94
Lonjakan baru politik Sabah - Jeffrey Kitingan dan 18,770 sertai KeADILan
PARTI KeADILan mendapat lonjakan baru apabila tokoh terkemuka politik Sabah, Dr Jeffrey Kitingan bersama
beribu-ribu pengikutnya menyertai KeADILan.
Jeffrey, 58, mengumumkan kemasukannya dalam satu majlis yang turut dihadiri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin tertinggi KeADILan lainnya di Pusat Peranginan Tambunan (TVRC), Sabah pada 7 Oktober.
Dalam majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 orang dari Pedalaman Atas dan beberapa kawasan lain itu, Anwar turut menerima permohonan kemasukan 18,770 pengikut-pengikut Jeffrey dari daerah Liawan, Bingkor, Tambunan, Sook, Nabawan, Kemabong, Melalap, Ranau dan Kawang.
Abdullah arah minit mesyuarat MT Umno dipadam!
SEMASA Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 28 September lepas, Pre-siden Umno yang juga Perdana Menteri
Abdullah Ahmad Badawi telah mengeluarkan arahan supaya tiga helai muka surat dari Minit Mesyuarat Majlis
Tertinggi Umno yang lepas yang telah disediakan dipadamkan serta merta
Arahan tersebut diberikan apabila mendapati ianya mencatit de-ngan jelas perbincangan terperinci MT Umno mengenai arahan agar Dr Mahathir Mohamad dihalang dengan apa cara sekali pun untuk menjad i Perwakilan
Umno Bahagian Kubang Pasu di Perhimpunan Agung Umno November depan.
Abdullah dikatakan enggan menandatangani dan enggan mengesahkan minit mesyuarat itu sekiranya tiga helai
muka surat itu tidak dipadam.
Musa Hassan halang media buat liputan
KETUA Polis Negara, Musa Hassan telah meminta pihak media supaya tidak membuat liputan penye-rahan
memorandum di ibupejabat polis Bukit Aman 6 Oktober berhubung kes kematian seorang tahanan wanita dalam
lokap polis.
Naib Ketua Angkatan Muda KeADILan, S Manickavasagam dijadualkan akan mengemukakan memorandum tersebut dan sebelum itu telah menjemput warta-wan untuk membuat
liputan.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home