Benam Abdullah kerana menzalimi rakyat dengan ISA
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
Jerebu tebal yang melanda Kuala Lumpur sejak seminggu lalu tidak setebal 'jerebu hiba' yang melanda di hati dan perasaan lebih 300 anak dan isteri tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Kezaliman ISA amat perit dan rakus memusnahkan satu kehidupan bahagia rakyat marhaen meskipun penahanan dibuat tanpa perbicaraan dan hanya bermotifkan politik bagi mengukuhkan kuasa pemerintah.Anak-anak mangsa terus merintih dari hari ke hari demi sebuah pembebasan yang tak kunjung tiba.
Bebaskan bapa kami
"Bebaskan bapa kami, kami menanti sejak dari empat tahun lalu dari satu Ramadan hinggalah ke malam raya.Kami rundukan belaian, kucupan dan pelukan ayah kami.Tetapi harapan kami hampa.Dalam doa kami kami sentiasa mendoakan agar yang menzalimi akan dibalas di akhirta nanti," kata salah seorang anak tahanan yang meyampaikan rasa hatinya ketika perhimpunan aman anti ISA di hadapan Masjid Negara hari ini.
Kira-kira 200 aktiviss serta pemimpin parti politik, NGO dan kesatuan berkumpul di perkarangan masjid negara bagi membantah penahanan kira-kira 100 mangsa ISA sejak empat hingga lima tahun lalu tanpa sebarang perbicaraan.
Perhimpunan anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Dewan Pemuda PAS Pusat itu dibuat bagi menggesa kerajaan membebaskan tahanan ISA menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada 24 Oktober ini.
Turut serta dalam perhimpunan itu ialah, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob; Ketua Angkatan Muda KeADILan, Ezam Mohd Noor; bekas tahanan ISA, Saari Sungip, Ghani Haroon dan Ustaz Dr Badrolamin Bahron; Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Idris Ahmad; Naib Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin; dan pimpinan NGO yang lain termasuk Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh.
Abdullah tidak rasa denyut nadi rakyat yang dizalimi
ImageBerucap kepada peserta perhimpunan,Salahuddin berkata, rakyat Malaysia menuntut satu rasa tanggungjawab dari Abdullah supaya membebaskan tahanan ISA sebelum sambutan hari raya ini.
"Abdullah harus ada rasa bagaimana pedihnya hidup tanpa keluarga kerana beliau sendiri kehilangan Allahyarhamah isterinya, Hendon Mahmood.Begitu juga Abdullah perlu merasai denyut nadi isteri-isteri dan anak-anak tahanan ISA yang tersiksa kerana dizalimi dengan akta yang Abdullah sendiri jalankan kepada rakyat,"katanya.
Beliau melahirkan rasa hairan, bagaimana Abdullah seorang pemimpin yang dilihat berwatak baik yang baru sahaja menunaikan Umrah tidak dapat merasai apa yang telah dilakukan ke atas tahanan ISA ini satu penzaliman cukup memedihkan, kata Salahuddin.
'Patut Abdullah faham setiap detik, setiap waktu ada insan yang tersiksa kerana kezaliman ISA yang digunakan beliau," katanya.
Tidak boleh maaf
Sementara itu Shamsul Iskandar Mat Akin pula menyifatkan kezaliman Abdullah terhadap rakyat sendiri seharusnya tidak boleh dimaafkan.
Image"Abdullah tidak ada hati perut.ISA satu penzaliman terhadap rakyat yang dibuat secara terancang oleh rejim Abdullah.Abdullah seorang pemimpin yang hipokrit, pandai nasihatkan Amerika Syarikat supaya tutup Kem Tahanan di Teluk Guantanamao, tetapi di sini (Malaysia) Kem Tahanan Kamunting (Kemta) menejarakan rakyat tanpa sebarang pengadilan.Justeru kita perlu benam Abdullah." katanya.
Setiap titis air mata akan dibalas
Selain itu wakil Soladiriti Mahasiswa Malaysia (SMM), Tarmizi Mat Din pula memberi amaran kepada pemimpin nombor satu negara itu bahawa setiap apa yang dilakukan terhadap tahanan mahupun keluarga tahanan ISA akan dibalas di akhirat kelak.
Image"Setiap titisan air mata anak-anak tahanan akan diganti dengan pembalasan.Ini Abdullah kena ingat.Apakah Abdullah seronok melihat penderitaan anak-anak yang tidak berdosa ini," katanya lagi sambil menitiskan air mata.
Sementara Syed Ibrahim ketika membacakan resolusi sempena perhimpunan mendesak kerajaan memansuhkan ISA, membebaskan tahanan ISA, membayar ganti rugi ke atas tahanan atas penderitaan yang dialami selama dipenjarakan tanpa sebarang pengadilan.
Perhimpunan akhirnya bersurai dengan bacaan doa oleh isteri tahana ISA, Siti Norma yang antara lain dalam doanya menyebut supaya kezaliman pendokong ISA akan dibalas kelak.Perhimpunan berjalan dengan aman tanpa sebarang kekacauan mahupun provokasi dari mana-mana pihak.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home