SepangOnline

Tuesday, October 17, 2006

Anwar mahu kajian bebas

Anwar mahu kajian bebas pegangan ekuiti dan tahap kemiskinan

Oleh Anwaribrahim. com

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Hrkh) - Sebuah Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pegangan Ekuiti dan Kemiskinan haruslah segera ditubuhkan untuk melaporkan mengenai status sebenar kedudukan ekonomi rakyat Malaysia. Seruan tersebut telah disampaikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, dalam kenyataannya kelmarin.

"Meski pun banyak pihak termasuk saya yang meragui kaedah penyelidikan ASLI sehingga memutuskan ekuiti bumiputera yang melonjak tinggi, namun langkah wajar adalah dengan usaha telus memperolehi angka dan data lengkap." kata Anwar dalam kenyataan empat perenggannya.

Sebelum ini kontroversi terbaru yang melibatkan pertikaian statistik pegangan ekuiti ASLI menimbulkan keraguan terhadap angka-angka yang diberikan oleh kerajaan.

Dato' Seri Najib Tun Razak, sebagai maklum balas kepada kenyataan tersebut memberikan amaran agar jangan dipertikaikan data rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan dan mengesa agar kajian yang disifatkan beliau sensitif tidak diumumkan kepada rakyat.

Lanjutan dari itu, pada Sabtu lalu Parti Gerakan sebuah parti komponen Barisan Nasional, meminta kerajaan mendedahkan metodologi kajian pegangan ekuiti melayu yang dibuat oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE), untuk meleraikan segala kemuskilan yang ditimbulkan dalam kajian ASLI.

Semalam Najib dalam kenyataan balasnya telah membidas Gerakan yang seakan-akan mempertikai data yang dikeluarkan kerajaan.

"Ugutan dan kenyataan melulu termasuk dari pimpinan kerajaan tambah mengeruhkan suasana. Yang paling dikesalkan ialah wacana menyusul telah menghangatkan prasangka kaum." kata Anwar lagi.

Anwar juga melihat sekarang adalah masa yang sangat sesuai untuk melakarkan Agenda Ekonomi Baru yang bergerak melangkaui isu-isu perkauman tetapi menekankan daya saing negara dan keadilan sosial untuk semua.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home