SepangOnline

Friday, October 20, 2006

KeADILan Alukan Pembebasan Tahanan ISA

KeADILan Alu-alukan Pembebasan Tahanan ISA

Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) mengalu-alukan langkah kerajaan membebaskan beberapa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.

Sungguhpun demikian, KeADILan tetap kesal dengan kaedah dan keadah hukuman dilaksanakan. Ia seolah-oleh bergantung semata-mata kepada ehsan kerajaan dan pemimpin politik. Tahanan ISA dinafikan hak untuk membela diri mereka di mahkamah terbuka.

Kami mendesak kerajaan memansuhkan Akta ISA, membebaskan tahanan yang tidak mempunyai kes untuk pendakwaan manakala yang mempunyai kes perlu dibenarkan membela diri di mahkamah terbuka.

Tian Chua

Ketua Penerangan

Parti Keadilan Rakyat

18 Oktober 2006

0 Comments:

Post a Comment

<< Home