Gerakan Mansuh AUKU (GMA), Pertubuhan badan-badan bukan Kerajaan (NGO) dan Pertubuhan-pertubuhan Mahasiswa dari peringkat nasional dan antarabangsa yang memperjuangkan hak mahasiswa dan hak pendidikan rakyat; serta memberi sokongan kepada gerakan rakyat dalam isu sosial, ekonomi dan politik. Kami yang juga menentang sebarang penindasan dan ketidakadilan yang berlaku samada dalam mahupun luar negara tanpa mengenal kaum, agama, jantina dan kenegaraan demi untuk menegakkan prinsip demokrasi dan keadilan sosial, ingin melahirkan bantahan kami terhadap Akta Universiti dan Kolej universiti 1971 (AUKU) yang selama lebih 30 tahun telah mencengkam aktivisme dan idealisme Mahasiswa. Justeru, berdasarkan 5 prinsip utama yang dijunjung yang berkaitan dengan isu ini iaitu *Kebebasan Bersuara dan menyatakan pandangan, kebebasan Berpersatuan, Kebebasan Berkumpul, Kebebasan Akademik dan Kuasa Autonomi Universiti, maka kami sebulat suara menuntut dan mendesak agar akta Universiti dan Kolej universiti 1971 (AUKU) yang zalim ini dimansuhkan segera. Berhubung dengan usaha Kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang diwar-warkan sedang mengkaji dan menilai semula AUKU seterusnya ingin melakukan beberapa pindaan khususnya pada seksyen yang berkaitan dengan penglibatan Mahasiswa di dalam pertubuhan-pertubuhan luar kampus. Kami secara telus sangat meragui tindakan ini, malah kami menyakini bahawa pindaan yang akan dilakukan itu nanti tidak akan mampu menyelesaikan isu-isu dan masalah yang sering dibangkitkan oleh segenap lapisan masyarakat seperti isu pencabulan hak asasi mahasiswa, kuasa autonomi universiti, kebebasan akademik dan isu prestasi institusi pengajian tinggi tempatan yang tidak kompetatif. PENDIRIAN TERHADAP AUKU Kami berpendirian bahawa: - NIAT AUKU DIGUBAL ADALAH 'DEMI MENGEKANG AKTISVISME MAHASISWA'
Terdapat beberapa faktor yang melatari niat AUKU diwartakan. Antaranya:- - NIAT AUKU 1971 DIGUBAL ADALAH UNTUK MENUTUP "PEKUNG" KERAJAAN
Pendirian ini dibuat berdasarkan analisis dan kajian terhadap kronologi yang berlaku sekitar tahun sebelum kewujudan AUKU sehingga kepada pengenalan akta zalim tersebut. Niat ini dapat dilihat dengan jelas melalui rentetan kronologi seperti pengisytiharaan manifesto Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) menyokong pembangkang dalam Pilihanraya Umum ke-4 sehingga tercetusnya Persitiwa 13 Mei 1969, Demontrasi Anti Tunku oleh PMUM di Universiti Malaya pada 29 Ogos 1969, Demontrasi "Papan Tanda" 5 Okt. 1970. Pada sekitar tahun tersebut berlaku pertembungan antara PMUM dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) sehingga membuka terlalu banyak kelemahan Kerajaan dalam isu bahasa Melayu dan pendidikan serta isu-isu lain yang bersifat dasar. Situasi tersebut telah menggugat kekuatan Kerajaan sehingga memaksa Kerajaan membentuk "Jawatankuasa Mengkaji Kampus" sehingga tergubal dan diwartakan AUKU pad a 18 Mac 1971. Ini membuktikan "niat AUKUdigubal untuk menutup "pekung" kerajaan". - NIAT AUKU DIPINDA PADA 1974 DEMI MENAFIKAN HAK MAHASISWA BERSUARA DAN BERPERSATUAN DALAM ISU NASIONAL & INTERNASIONAL
Perkara ini dapat dilihat dengan jelas melalui kronologi peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 1971 sehingga 1974. Walaupun AUKU telah diwartakan pada tahun 1971 tetapi ianya belum cukup mampu untuk mengekang gerakan pelajar ketika itu. Berikut beberapa rentetan peristiwa yang berlaku: - 14 Jun 1971 - demontrasi pertama oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMIUM) (2000 orang UM dan UKM) membantah lawatan Thanam Kitikachorn (Perdana Menteri Thailand) ekoran pembunuhan umat Islam Pattani. Dalam demonstrasi ini ramai mahasiswa ditahan.
- 15 Jun 1971 - 3000 orang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim (PBMUM) dipukul Polis ketika demontrasi di luar UM. Dalam demonstrasi ini lebih ramai mahasiswa ditahan.
- 16 Jun. 2005, lebih ramai Mahasiswa berdemonstrasi bagi mendesak kerajaan supaya membebaskan pimpinan mereka.
- PMUM menaja demontrasi protes AUKU 1971 pada 15 Mei 1972.
Kelab Sosialis UM (ditubuhkan pada 1973) kembali menguasai PMUM dipimpin oleh Hishamuddin Rais dan Anwar Ibrahim menubuhkann ABIM 1971 demi membantu PMIUM (di bwh Siddiq Fadhil) dan berjaya kuasai PKPM pada tahun 1974 bangkit memimpin mahasiswa nasional berdemonstrasi membantah campur tangan AS dalam Perang Arab-Israel pada 13 Oktober 1973, Polis-FRU menyembur gas pemedih mata dan seramai 3 orang pemimpin Mahasiswa ditangkap. 4000 mahasiswa sekali lagi berdemontrasi di depan kedutaan AS pada 16 Oktober 1974 atas maksud yang sama. Kemuncak Gerakan Mahasiswa ialah pada 21 September 1974, 2.30ptg. PMUM menubuhkan Majlis Tertinggi Sementara (MTS) mengambil alih UM sebagai bantahan tangkapan 5 aktivis termasuk Saudara Hisyamudin Rais dalam demonstrasi Tasik Utara pada september 1974 dan Demontrasi Baling [seramai 400 orang] pada November 1974 yang telah mengakibatkan 1000 mahasiswaditahan polis dan FRU. Kesemua kronologi dan peristiwa yang berlaku ini mendorong Kerajaan untuk menilai semula AUKU dan akhirnya berlaku pindaan besar terhadap AUKU dengan memasukkan beberapa seksyen baru yang dibentangkan oleh Menteri Pelajaran waktu itu, Dr Mahathir Mohamed melalui Akta Pindaan A295, seperti Seksyen 15A, 15B, 15C, 15D, 16A, 16B, 16C dan lain-lain yang jelas bercanggah dengan prinsip keadilan undang-undang. Matlamat utama terhadap pindaan yang dibawa dalam tahun 1975 tersebut yang kekal sehingga kini ialah *demi menafikan hak mahasiswa bersuara dalam isu nasional dan antarabangsa, *menghalang penglibatan pelajar dengan parti politik dan kesatuan sekerja, dan penggabungan di antara badan-badan pelajar. |
0 Comments:
Post a Comment
<< Home