Umno bubar satu cawangan, PKR buka dua cawangan
Oleh Mohd Sabri Said
KEPALA BATAS, 24 April (Hrkh) - Ketua Bahagian Parti KeADILan Rakyat (PKR) Kepala Batas, Zaini Awang mendedahkan atas permintaan ramai dua cawangan penaja PKR dijangka diwujudkan tidak lama lagi hasil pembubaran salah satu cawangan Umno di parlimen berkenaan.
Kedua-dua cawangan itu akan diisytiharkan oleh Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim bulan depan.
"Kami tidak menyangka perkembangan baru apabila dikhabarkan hasil pembubaran salah satu cawangan Umno boleh mengwujudkan dua penaja bagi PKR, " ujarnya ketika ditemui.
Menurutnya, walaupun Pergerakan Pemuda dan Wanita Umno Bahagian Kepala Batas menafikan ada cawangan Umno akan dibubarkan namun bagi PKR ia pasti menjadi kenyataan setelah melakukan perbincangan dengan orang yang bertanggungjawab memajukan cawangan Umno di situ sejak dulu.
Kata Zaini, apa pun perkembangan masih dirahsiakan ekoran Umno sedang menyiasat di mana cawangan yang dimaksudkan.
"Kita tahu Umno sedang menyiasat cawangan mana yang dimaksudkan. Tak payah siasat nanti sama-sama kita tahu ia amat mengejutkan, " tegasnya.
Setakat hari ini PKR bahagian mempunyai enam cawangan berdaftar dan dua penaja. Cawangan tersebut ialah Padang Tembusu, Bakau Tua, Taman Abdullah Fahim, Taman Bertam, Paya Keladi dan Tok Bedo manakala penaja Permatang Kuang dan Kubang Menerong.
Mengulas tentang 10 demonrasi serentak yang bakal menggegarkan Pulau Pinang pada 1 Mei ini beliau berkata, kemungkinan Komplek Dato' Kailan sekali lagi menjadi pilihan.
Peristiwa kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen begitu tinggi bagi golongan sederhana dan rendah. Golongan elit serta orang utama politik tidak akan merasai kenaikan kerana mereka tidak banyak masa ke pasar, bayar tol atau mengisi minyak.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home