Rasuah, kronisme akan gagalkan RMK9 - Anwar
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob KUALA LUMPUR, 19 April (Hrkh) - Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK9) yang baru dibentang Perdana Menteri dua minggu lalu dikatakan akan gagal jika amalan rasuah, kronisme dan kebertanggungjawaban terus menghantui pentadbiran negara.
Mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata, RMK9 yang dibentang Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menarik tetapi malangnya, beberapa pendekatan yang diamalkan sebelum ini dibimbangi akan mengagalkan RMK9.
Turut hadir bersamanya ialah, Naib Presiden Parti keADILan Rakyat (KeADILan), Azmin Ali; Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dan Ketua Pemuda Angkatan Muda KeADILan (AMK), Ezam Mohd Noor.
"Masalah di negara ini bukan dana, tetapi keyakinan pelabur dan rakyat berhubung isu yang terus menerus menghantui kita dalam membangunkan negara iaitu soal rasuah kroni yang dikaitkan dengan isu keberpertanggungjawaban," katanya ketika ditanya mengenai RMK9.
Sepertimana yang diketahui umu, dari badan kehakiman hinggalah kepada badan kerajaan serta syarikat perniagaan secara menyeluruh berlakunya rasuah, katanya.
Ini kerana amalan rasuah ini berpunca dari atas iaitu kelompok pemimnpin yang sekaligus tidak memberi perhatian serius ke atas usaha menyelesaikan permasalahan ini, katanya.
Sehingga kini Anwar melihat tiada persediaan ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai negara yang berdaya saing berikutan tiadanya kesediaan membuat anjakan kepada dasar yang diamalkan.
"Ianya termasuk soal Dasar Ekonomi Baru (DEB).Sebagai Melayu saya tidak mahu Melayu terus terhimpit dengan kemiskinan dan tersisih dari arus pembangunan dari sudut perniagaan.
"Tetapi sebagai orang yang pernah duduk dalam kerajaan, DEB nyata hanya menguntungkan kelompok kecil pemimpin Umno yang menggunakan dasar Bumiputera untuk mendapatkan kekayaan berbilion ringgit.
Malah lebih parah lagi kerana dasar yang dilaksana sedemikian rupa akan meletakan Malaysia dalam 'tahap kedua", katanya.
Sepanjang perlaksanaan DEB sebelum ini ianya dilihat tidak memilihsyarikat yang berpotensi dan cekap untuk menjalankan projek pembangunan sebaliknya dasar kroni diteruskan, katanya.
Dalam pada itu Anwar turut menyentuh isu pembatalan projek mega jambatan bengkok oleh kabinet Abdullah beberap hari lalu.
Anwar menyambut baik pembatalan projek itu yang pada pendapatnya perlu dilakukan kerana jika diteruskan ianya hanya akan mengayakan kelompok tertentu yang mendapat tender projek tersebut.
Malah katanya, keputusan itu tetap dalam keadaan pada asalnya projek mega itu yang direncana bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohammad adalah satu projek yang dibuat tanpa terlebih dahulu mengadakan rundingan dengan negara jiran, Singapura.
"Ini bukan soal politik dalam tetapi ini prinsip," katanya.
Begitupun dalam mengulas soal pertikaian Mahathir terhadap keputusan Abdullah itu beliau bersyukur kerana akhirnya bekas PM itu mula mengenali erti demokrasi bila dilihat mengkritik keputusan itu, katanya sambil ketawa.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home