SepangOnline

Sunday, April 30, 2006

Kewangan Islam perlu ambil pendekatan holistik: Anwar

Malaysia Today

CAMBRIDGE – Bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menyampaikan ucaputama, Islamic Finance : The Path Forward di Harvard University Forum mengenai Kewangan Islam. Forum dua hari tersebut yang bermula pada 22 sehingga 24 April, telah dianjurkan oleh Islamic Legal Studies Program (ILSP), Harvard Law School.

ILSP telah ditubuhkan dalam tahun 1991, yang cuba memajukan ilmu pengetahuan dan kefahaman mengenai Undang-undang Islam yang mengambil pandangan dari perspektif Islam dan bukan Islam. Program tersebut juga dianjurkan bersama Islamic Finance Project, Harvard Law School dan dibiaya oleh, antaranya HSBC Amanah.

Forum tersebut yang telah dihadiri oleh lebih kurang dua ratus peserta, termasuk gabenor-gabenor bank pusat, CEO institusi perbankan, ahli akademik dan pengamal industri, berusaha mengkaji secara objektif dan kritikal cabaran kewangan Islam, khususnya berkaitan isu peraturan, piawaian dan ketelusan. Rundingan meja bulat Gabenor-gabenor dan Institusi memberi peluang kepada wakil bank Pusat membincangkan isu-isu dalam mengawal industri tersebut. Isu-isu berkaitan pemantauan, pembangunan dan ‘shari'ah compliance’ telah dibentangkan oleh penyelidik akademik dan pakar kewangan.

Dalam ucapannya, Anwar menekankan keperluan mewujudkan kerangka baru dalam kewangan Islam, berfikir menjangkau amalan yang biasa diterima masa kini dan memenuhi objektif Shari’ah yang lebih tinggi. Menurut Anwar, orang Islam perlu "mengembangkan skop tawaran produk kewangan lebih daripada kontrak Murabaha dan Ijarah, dan mengadakan produk-produk yang akan terus mengejar prinsip-prinsip Islam.

Anwar kemudian menjelaskan keperluan kepada kewangan Islam untuk mengambil pendekatan holistik, di mana orang Islam memasukkan segala aspek kehidupan dalam satu sistem yang adil dan saksama, moral dan beretika. Ini merupakan lawatan Anwar yang kedua ke Harvard University. Sebelum itu, beliau telah bercakap di John F. Kennedy School of Government Forum mengenai “Challenges of Islam and Democracy”.

4 Comments:

  • I read this forum since 2 weeks and now i have decided to register to share with you my ideas. [url=http://inglourious-seo.com]:)[/url]

    By Anonymous Anonymous, at 8:27 PM  

  • Predilection casinos? approve this inexperienced [url=http://www.realcazinoz.com]casino[/url] advisor and accentuate online casino games like slots, blackjack, roulette, baccarat and more at www.realcazinoz.com .
    you can also search into our untrained [url=http://freecasinogames2010.webs.com]casino[/url] pass cranny of something at http://freecasinogames2010.webs.com and convince over genuine affluence !
    another late-model [url=http://www.ttittancasino.com]casino spiele[/url] in the thread of is www.ttittancasino.com , in the seminar of german gamblers, quit upon during liberation online casino bonus.

    By Anonymous Anonymous, at 6:42 PM  

  • You could easily be making money online in the hush-hush world of [URL=http://www.www.blackhatmoneymaker.com]blackhat money[/URL], It's not a big surprise if you have no clue about blackhat marketing. Blackhat marketing uses alternative or not-so-known avenues to build an income online.

    By Anonymous Anonymous, at 10:55 AM  

  • top [url=http://www.001casino.com/]online casino[/url] hinder the latest [url=http://www.casinolasvegass.com/]free casino games[/url] autonomous no store bonus at the foremost [url=http://www.baywatchcasino.com/]baywatchcasino
    [/url].

    By Anonymous Anonymous, at 5:00 PM  

Post a Comment

<< Home