Umno patut bincang pelajar gagal masuk universiti bukan isu AP - Anwar
Oleh Mohd Sabri Said
PERMATANG PAUH, 8 Ogos (Hrkh)- Perhimpunan Umno baru-baru ini sepatutnya membincangkan secara panjang lebar tentang kegagalan 120,000 pelajar Melayu yang layak ke universiti tetapi gagal berbuat demikian, bukannya membincangkan soal AP, kata Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Ini kerana, kesan dari kegagalan mereka memasuki pusat pengajian itu memberikan kesan yang sangat besar kepada perjuangan orang Melayu, katanya.
"Hari ini kita lihat 120,000 pelajar melayu tidak boleh ke univesiti sedangkan mereka layak. Sepatutnya Umno dalam Perhimpunan Agung membahaskan panjang lebar fasal ini bukan Permit Impot (AP) sahaja, " terang beliau dalam program 'Makan Malam Perdana' anjuran PKR Bahagian Permatang Pauh itu.
Program yang diadakan di perkarangan Pejabat PKR Negeri di Taman Kelasah, Seberang Jaya itu turut membariskan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasarudin Mat Isa dan Ahli Parlimen Tanjung (DAP), Chow Kon Yeow sebagai penceramah.
Hadir sama ialah Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng, Ketua Penerangan PAS Negeri, Omar Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman, Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan Pengerusi PKR Negeri, Dato' Zahrin Hashim.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan, tidak gunanya Umno menghunus keris sebagai lambang menjaga hak kemelayuan jika kepimpinan Umno sendiri mengkhianati bangsanya apabila semua program untuk kepentingan Melayu tidak tercapai.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) ujarnya, masih terawang-awang tidak menepati sasaran ekoran tindakan dan sikap yang diamalkan oleh kepimpinan parti itu sejak dulu.
"Kepimpinan Umnolah perosak segala-galanya bukan pembangkang seperti PAS, PKR atau pun saya sendiri yang cuba dilebel jahat setelah ditendang keluar dari kerusi Timbalan Perdana Menteri, " jelasnya disambut ketawa ribuan hadirin.
Kepimpinan Umno kata beliau, lebih senang membina empayar sendiri demi menjaga kedudukan daripada memikirkan kepentingan Melayu.
Akibatnya bukan sahaja DEB terus gagal malahan ekonomi, sosial dan pendidikan orang Melayu juga tidak ke mana.
Beliau yakin, keris yang dihunuskan oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Dato' Hisyamudin Husein itu akan menikan diri mereka sendiri ekoran tindakan yang tidak serupa bikin.
Tambah Anwar lazimnya, dalam perhimpunan rakyat atau ahli mereka digambarkan sebagai hero mempertahankan hak Melayu tetapi dalam masa yang sama mereka memperjudikan nasib bangsa sendiri.
"Cuba kita lihat pemberian AP. Isu ini bukan isu baru malahan telah lama tapi didiamkan sahaja kerana selama ini kroni yang dapat. Bila terlalu banyak ia menjadi jerat yang boleh makan tuan sendiri, " jelasnya.
Menyentuh mengenai permohonan maaf terbuka bekas Ketua Polis Negara, Rahim Noor beliau berkata, ia tetap tidak lupa kerana perbuatan zalim seorang yang berkuasa.
"Namun sebagai manusia, saya rela memaafkannya dengan syarat pasukan polis hendaklah bertindak profesional dan bertamadhun.
"Walapun dia tumbuk sampai lebam mata tapi saya tetap maafkannya. Ada juga kawan-kawan kata kenapa nak maafkan, saya kata bersabar, " terang beliau.
Sementara itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapannya, yakin Permatang Pauh tetap dalam gengaman BA sekiranya suasana 1999 berulang.
- zs

0 Comments:
Post a Comment
<< Home