Saya maafkan Rahim tetapi tidak lupa - Anwar
Oleh Zulkifli Mohamed
PERMATANG PAUH: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilebamkan matanya oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Seri Rahim Noor, ketika ditahan di lokap polis Bukit Aman 20 September 1998, menegaskan bahawa beliau memaafkan Rahim tetapi tidak akan melupakan detik hitam tersebut.
“Saya maafkan beliau, tetapi saya tidak akan lupa kerana kalau kita lupa bencana begitu boleh terjadi kepada orang lain pula.
“Sebab itu saya katakan saya terima (maaf) dengan syarat pasukan Polis Diraja Malaysia bekerja dan bertindak secara profesional,” tegas Anwar ketika berceramah pada Majlis Makan Malam Perdana, di Seberang Jaya, di sini, Jumaat lalu.
Anwar mengulas tindakan Rahim Noor yang memohon maaf secara terbuka kepadanya di mahkamah kerana memukul dan menumbuk mata beliau di lokap polis Bukit Aman tujuh tahun lalu.
Anwar dipukul sehingga pengsan dalam kejadian itu, malah beliau tidak dibenarkan menerima rawatan doktor berhari-hari selepas kejadian. Dalam laporan pegawai perubatan yang dibentangkan oleh Suruhjaya Diraja menyiasat kes berkenaan, pukulan Rahim boleh membawa maut.
Sebelum itu secara sinis Anwar berkata setelah tujuh tahun barulah bekas Ketua Polis itu teringat memohon kemaafan.
“Lebam pun dah habis dah, pinggang pun dah ‘repair’ dah, baru teringat nak minta maaf,” kata Anwar disambut gelak tawa 10 ribu hadirin.
Penasihat Keadilan itu, sebelum ini telah mengemukakan tindakan sivil terhadap Rahim berikutan keputusan mahkamah pada 15 Mac 2000 yang memenjarakan bekas Ketua Polis Negara atas kesalahan berkenaan.
Pada hari ketiga prosiding, 3 Ogos lalu, peguam Joseph Ting yang mewakili Rahim memohon maaf secara terbuka kepada Anwar dan meminta kes itu diselesaikan di luar mahkamah.
Anwar menerima permohonan maaf Rahim.
Namun begitu menurut Anwar, ada juga pihak yang kurang menyenangi keputusan beliau memaafkan Rahim. Bagi mereka, Tun Mahathir dan kerajaan Malaysia juga perlu memohon maaf secara terbuka.
Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamed pernah mendakwa bekas Timbalannya itu bertindak menumbuk matanya sendiri.
Sementara Datuk Seri Rafidah Aziz pula menuduh Anwar “berbekam” di mata, ketika sesi penerangan beliau dengan penuntut Malaysia di luar negara, berkaitan isu mata lebam ketika itu.
“Tak mengapalah, yang sudah tu, sudahlah. Kita ada banyak kerja nak buat selepas ini,” kata Anwar.
Mengenang kembali kejadian beliau diaib, dipukul dan ditelanjangkan di lokap polis Bukit Aman, Anwar menjelaskan peristiwa itu sebagai pengalaman yang mendewasakan beliau.
“Allah s.w.t menguji sedemikian rupa, patut lebih insaf, lebih kuat semangat kita berjuang membela nasib rakyat. Itu tekad saya dan janji saya pada tuan-tuan,” tegas Anwar diringi tepukan gemuruh.
Turut berucap malam itu, Datin Seri Dr. Wan Azizah, Presiden Keadilan; Ustaz Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS; dan YB Chow Kon Yeow, Ahli Parlimen Tanjong.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home