Anwar menggesa perlaksanaan meritokrasi
‘KONSENSUS BARU’: Bekas timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim menyeru ditamatkan, apa yang dipanggilnya sistem keistimewaan Melayu yang “lapuk dan korup”
Bekas timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim telah menyeru ditamatkan keistimewaan bagi Melayu yang sudah sekian lama – serangan berani terhadap dasar yang sensitif menyentuh perkauman yang tidak ramai berani mempersoalkannya sebelum ini.
Anwar, yang sedang muncul semula dalam arena politik selepas dimusnahkan kerjaya politiknya dalam perebutan kuasa dengan bekas perdana menteri Mahathir Mohamad, berkata program tersebut sudah lapuk dan dicemari kerana hanya segelintir Melayu yang ada hubungan dengan orang berpengaruh telah mendapat manfaat, sedangkan orang Melayu, Cina dan India lain telah dinafikan.
“Dasar tersebut wajar dihapuskan. Meritokrasi patut menjadi citarasa,” Anwar memberitahu sidang berita di rumahnya.
Dasar tersebut, yang dianggap oleh ramai orang Melayu sebagai hak kelahiran mereka, telah diperkenalkan pada tahun 1970 dalam usaha memperbaiki sektor ekonomi mereka. Tiada ahli politik dari mana-mana kaum pernah mencadangkan ia dihapuskan kerana bimbang akan menyisihkan Melayu, dan Anwar sedang mengambil pertaruhan politik yang besar dengan seruan tersebut.
“Apa yang perlu dilakukan ialah memperbaiki tahap kehidupan semua bangsa,” kata Anwar, yang sedang mendapat perhatian selepas memenangi permohonan maaf dan gantirugi minggu lepas daripada bekas ketua polis negara dalam satu kes berkaitan pemecatannya sebagai timbalan Mahathir pada tahun 1998.
Walaupun Melayu terdiri dari 60 peratus penduduk negara yang seramai 26 juta, mereka hanya mengawal 19 peratus dari ekuiti korporat dan kebanyakan kekayaan negara dalam tangan kaum Cina. Kaum India hanya memegang 7 peratus dan pada tangga terbawah dalam sektor ekonomi.
Kaum Melayu yang dikenali sebagai “Bumiputra”, telah diberikan berbagai keistimewaan dalam program DEB bagi merapatkan jurang kekayaan. Mereka mendapat keutamaan pekerjaan dalam kerajaan, pendidikan, perumahan, pinjaman bank, kontrak perniagaan dan lesen-lesen kerajaan.
Tetapi dasar tersebut diakui semua hanya membuahkan hasil yang tidak seberapa, menguntungkan beberapa golongan elit Melayu dan merampas hak yang lain insentif untuk berjaya.
Dalam persidangan tahunan Umno bulan lalu, para perwakilan menyeru agar dikukuhkan dasar tersebut. Anwar berkata pemimpin-pemimpin parti patut faham bahawa Melayu sudah bersedia untuk berdikari.
“Ia sudah tiba masa kita membina konsensus baru – konsensus Malaysia yang berazam untuk menghapuskan kemiskinan kalangan Melayu luar bandar, kaum India estet yang masih tinggal dalam keadaan yang menyedihkan dan setinggan Cina di kawasan bandar,” kata Anwar.
Anwar yang pada satu ketika dianggap pengganti Mahathir sehingga timbalan perdana menteri tersebut mengadu tentang rasuah dalam kerajaan. Dia dipecat pada September 1998 dan dipenjarakan atas tuduhan rasuah dan liwat.
Anwar telah dibelasah oleh ketua polis negara Abdul Rahim Noor semasa dalam tahanan. Abdul Rahim yang telah didakwa dan dihukum penjara 60 hari, telah secara terbuka memohon maaf daripada Anwar pada Rabu lalu dalam penyelesaian di luar mahkamah. Tuduhan liwat telah digugurkan oleh mahkamah tahun lalu, dan Anwar dibebaskan tahun lepas.
Walau bagaimanapun, Anwar telah dihalang terlibat dalam politik sehingga 2008, kerana hukuman atas kesalahan rasuah.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home