SepangOnline

Monday, April 23, 2007

Rakyat Ijok Terima Baik keADILan!

“Reformasi!”, “Hidup keADILan”, “Hidup Dato Seri!”, itulah laungan yang bergema daripada penduduk Ijok tidak mengira Melayu, Cina dan India sebaik sahaja DS Anwar tiba di tempat-tempat ceramah dan perjumpaan masyarakat. Mereka amat rindukan DS Anwar yang merupakan pemimpin tersohor seantero dunia tetapi ditenggelamkan oleh media arus perdana. Mungkin mereka juga sudah bosan melihat pemimpin-pemimpin BN di dada akhbar dan kaca tv tetapi kali ini mereka bertemu semula Anwar Ibrahim, pejuang rakyat tulen! Seringkali DS Anwar berjenaka didalam ceramah beliau memberitahu penduduk Ijok bahawa walaupun pernah berdekatan selama 6 tahun, tetapi tidak boleh melawat Ijok kerana dikurung di dalam penjara Sg. Buloh.

Selama 3 hari berturut-turut DS Anwar turun ke Ijok untuk membantu kempen calon keADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim. Dari siang hingga malam DS Anwar bergerak satu tempat ke satu tempat untuk bertemu masyarakat Ijok. Apa yang melucukan adalah beberapa pemimpin BN terpaksa berpatah kembali daripada tempat yang dituju kerana ‘takut’ bertembung dengan DS Anwar. Jika ada yang bertembung sekalipun, cuma bersalam dan cepat-cepat meninggalkan tempat. Saya teringat ada pepatah mengatakan, “Berani kerana benar, takut kerana salah”.

Ribuan penduduk Ijok hadir di setiap ceramah DS Anwar yang diadakan 3 tempat berasingan setiap malam. DS Anwar dengan lantang berceramah menerangkan isu-isu hangat kepada penduduk Ijok sambil menceritakan kisah Tan Sri Khalid sebagai usahawan terkemuka tidak sekali-kali pernah datang kepada DS Anwar yang pada masa itu menjawat jawatan Menteri Kewangan dengan tujuan untuk meminta saham ataupun projek. Tan Sri Khalid hanya datang kepada beliau dengan idea-idea untuk membantu rakyat dimana tertubuhlah ASB dan ASN untuk membantu rakyat Malaysia. Inilah calon yang disediakan oleh keADILan untuk penduduk Ijok - antara yang terbaik!

DS Anwar pasti jika Tan Sri Khalid dinobatkan menjadi ADUN didalam Dewan Undangan Negeri Selangor, maka akan bergegarlah DUN Selangor semasa persidangan. Ini kerana, muncul satu lagi wakil rakyat yang lantang bercakap untuk membela nasib rakyat Ijok dan bukan sekadar menyokong apa sahaja yang pemimpin atasan lakukan sepertimana adun-adun Barisan Nasional yang disifatkan sebagai ‘tukang angguk’.

Berikutan kenyataan DS Najib beberapa hari lalu, DS Anwar mencabar DS Najib untuk memfailkan saman terhadap beliau supaya dapat beliau bercakap di dalam mahkamah di mana rakyat Malaysia dan Dunia akan melihat dan mendengar perkara sebenar. Beliau juga menerangkan kepada penduduk Ijok mengenai dasar pendidikan keADILan yang menjamin pendidikan adil kepada semua kaum. Menjamin kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diajar di sekolah-sekolah kebangsaan dan menjamin bahasa Cina dan Tamil di ajar di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil khususnya di dalam matapelajaran Matematik dan Sains. Namun begitu, tidak meninggalkan kepentingan pelajaran Bahasa Inggeris untuk semua. Beliau mencabar pemimpin-pemimpin MCA dan MIC jika berani bercakap mempertahankan perkara ini.

DS Anwar juga menyelar pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang membawa keluar keris kononnya mempertahankan hak orang Melayu, tetapi pada hakikatnya merompak harta rakyat. Memberi 100-200 ringgit kepada orang bawahan yang disuruh bekerja setengah nyawa dan mereka mengambil ratusan juta ringgit dan hidup senang lenang. Akibat perbuatan mereka inilah ramai orang Melayu sendiri hidup dalam kesusahan begitu juga dengan orang Cina dan India. Beliau mengesa rakyat menolak Dasar Ekonomi Baru dan menerima Agenda Ekonomi Baru Malaysia bagi menjamin keadilan untuk semua, kerana kita tidak mengira Melayu, Cina dan India adalah satu keluarga sebagai rakyat Malaysia!

Setelah duduk di atas kemudian jatuh ke bawah, diaibkan, dipukul, dizalimi, dipenjara, cita-cita DS Anwar cuma satu, untuk membawa Malaysia ke arah yang lebih baik dari semua aspek dan mengikat persahabatan dan persaudaraan semua kaum di Malaysia.

Sepanjang kempen di Ijok, rakan-rakan daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Democratic Action Party (DAP) turut bertungkus-lumus membantu calon keADILan. Pihak polis juga telah memberikan kerjasama yang cukup baik untuk menjamin keselamatan konvoi DS Anwar serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Rahimi Osman

gambar-gambar sekitar kempen DS Anwar di Ijok:

Jumaat (20/4/2007)

DSCN9969.JPGDSCN9973.JPGDSCN9992.JPG

DSCN9996.JPGDSCN9999.JPGDSCN0006.JPG

DSCN0007.JPGDSCN0017.JPGDSCN0022.JPG

DSCN0028.JPGDSCN0137.JPGDSCN0120.JPG

DSCN0143.JPGDSCN0161.JPGDSCN0188.JPG

Sabtu (21/4/2007)

DSCN0260.JPGDSCN0273.JPGDSCN0293.JPG

DSCN0295.JPGDSCN0299.JPGDSCN0302.JPG

DSCN0317.JPGDSCN0350.JPGDSCN0359.JPG

Ahad (22/4/2007)

DSCN0403.JPGDSCN0404.JPGDSCN0405.JPG

DSCN0412.JPGDSCN0417.JPGDSCN0418.JPG

DSCN0431.JPGDSCN0435.JPGDSCN0436.JPG

DSCN0437.JPGDSCN0442.JPGDSCN0446.JPGDSCN0447.JPG

0 Comments:

Post a Comment

<< Home