SepangOnline

Wednesday, April 18, 2007

Dari Langkawi ke Ijok - DS Anwar Tiub Gelombang Kebangkitan Rakyat!!


Laporan khas dengan kerjasama oleh: Anwar Ibrahim Club (AIC)

Pulau Langkawi - Khamis, 12/4/2007

Jam 3.00 petang - DS Anwar tiba di Lapangan Terbang Pulau Langkawi. Beliau disambut oleh lebih kurang 200 orang penyokong, bungga manggar dan paluan kompang. Ada beberapa anggota polis dan juga staf-staf syarikat penerbangan mengambil kesempatan untuk bersalaman dan juga bergambar dengan DS Anwar.

Kemudian, DS Anwar bersama konvoi sebanyak 30 buah kereta bergerak mengelilingi Pulau Langkawi sebelum menunju ke Pejabat KeADILan Langkawi di Bandar Kuah. Kibaran bendera keADILan dan poster-poster yang ditampal menyemarakkan lagi kehadiran DS Anwar. Tarikh ini, Pulau Mahsuri sekali lagi bakal menyaksikan kebangkitan rakyat! Turut bersama dalam rombongan DS Anwar kali ini adalah Ketua Perhubungan Negeri Kedah, Johari Abdul, Presiden AIC, Sdr. Farhan Fauzi, Sdr. R.Salehuddin, Sdr. Saiful Izham, Sdr. Wan Salleh dan juga beberapa pemimpin keADILan Negeri Kedah.

Jam 4.00 petang - DS Anwar tiba di Pejabat keADILan Langkawi untuk bertemu dengan sebahagian daripada 600 ahli baru keADILan. Kebanyakkan daripada mereka adalah panglima-panglima UMNO Langkawi yang kini turut menyertai keADILan! Dalam ucapan ringkas, DS Anwar memberi mandat supaya semua bekerja keras dan dalam masa 1-2 bulan, keADILan Langkawi menerima lebih 1000-2000 orang ahli baru.

DS Anwar juga menegaskan supaya pejabat keADILan Langkawi ini aktif dengan kegiatan untuk membantu masyarakat Langkawi untuk menyelesaikan masaalah-masaalah kerana kita berjuang untuk membantu rakyat. Beliau memberi kata-kata semangat yang cukup bermakna dengan mengatakan bahawa sejarah dunia membuktikan tiada kubu tidak boleh ditembus. Begitu juga dengan mana-mana kubu kuat BN. Kami semua kemudiannya dijamu dengan jamuan ringan dan buah durian yang sungguh lazat.

Tiba Di Lapangan Terbang LangkawiP1010412.JPGP1010438.JPG

konvoiPejabat KeADILan LangkawiP1010479.JPG

Jam 9.00 malam – Padang luas Markas Pas Kampung Temuyong mula penuh, kibaran bendera PAS dan keADILan serta poster-poster penuh disepanjang pintu masuk. Pada malam ini, DS Anwar akan memberi ceramah bersama dengan Ustaz Dato’ Haron Din. Secara kasar dianggarkan 8000-10,000 orang hadir pada kali ini. Sebelum mula berceramah, DS Anwar dengan segala hormatnya telah menerima 665 borang ahli keADILan penduduk Langkawi daripada Ketua keADILan Bahagian Langkawi, Sdr Wan Salleh.

DS Anwar mula berucap pada jam 10.40 malam, dalam ucapan yang semakin lama semakin membara tiba-tiba hujan mula turun. Hujan kali ini membawa petanda besar apabila ribuan hadirin yang ada sedikit pun tidak berganjak dan masih setia mendengar ucapan DS Anwar. Hujan yang semakin lebat menyebabkan DS Anwar juga basah kuyup tetapi ceramah masih diteruskan, keadaan sejuk dipanaskan kembali dengan ucapan DS Anwar yang semakin membara!

Dalam ucapan beliau menekankan tuduhan kes rasuah menteri-menteri dan juga pegawai tinggi kerajaan tetapi tiada siasatan yang logik dan relevab dijalankan. Beliau menyindir apa erti pembangunan yang dijulang oleh kerajaan tetapi pada hakikatnya 80,000 siswazah masih menganggur dan kebanyakannya bangsa Melayu sendiri. DS Anwar kerap mengatakan bahawa beliau tidak memusuhi ahli-ahli UMNO kerana mereka juga adalah rakan-rakan kita, tetapi siapa yang sepatutnya ditentang adalah pemimpin-pemimpin yang rasuah dan korup! Kasihan apabila melihat ahli-ahli UMNO dipergunakan oleh pemimpin-pemimpin mereka yang giat merompak wang rakyat, tetapi cuma melemparkan beberapa puluh ringit untuk ahli-ahli bawahan yang kerja separuh nyawa dan akhirnya mendapat kesusahan apabila harga minyak dan barang mula naik.

Didalam hujan lebat, DS Anwar dengan penuh semangat berkata, `Kita menang sahaja pilihanraya, esok minyak akan turun! Kita tawan Langkawi kemudian kita tawan Kedah, selepas itu kita tawan Pulau Pinang! Membujur lalu melintang patah! Lawan Tetap Lawan!!’ Hadirin kemudian bersorak penuh semangat, malam itu sekali lagi sorakan kebangkitan rakyat bergema dengan sekuat-kuatnya di Pulau Langkawi.

Kibaran Bendera!!P1010494.JPGP1010510.JPG

P1010514.JPGP1010525.JPGP1010527.JPG

P1010534.JPG

Jeti Langkawi - Kuala Kedah - Alor Setar, Jumaat (13/4/2007)

Jam 9.30 pagi, DS Anwar dan rombongan bergerak menaiki feri daripada Langkawi ke Kuala Kedah. Tiba di Jeti Kuala Kedah pada jam 11 pagi, DS Anwar disambut dengan penyokong-penyokong dan juga orang ramai yang berada di jeti. Ada penjual tiket yang melaungkan `Hidup Dato Seri!’ dengan pembesar suara yang mereka gunakan. DS Anwar kemudiannya meluangkan sedikit masa untuk bertemu dengan penduduk Taman Bersatu, Kuala Kedah. Kemudian, beliau bergerak ke Markas PAS Kg. Kubang Rotan untuk bermesyuarat dengan keADILan Negeri Kedah dan Perlis.

Dalam mesyuarat selama satu jam tersebut, beberapa permasalahan dan strategi menghadapi pilihanraya dibincang. Satu jamuan makan tengahari dihidangkan sebelum DS Anwar menunaikan solat jumaat di Masjid Kg. Kubang Rotan. Para jemaah yang rata-ratanya terkejut dengan kehadiran DS Anwar di situ sekali lagi mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan beliau.

Tiba Di Jeti Kuala KedahPerjumpaan di Taman BersatuMesyuarat keADILan Kedah - Perlis

P1010580.JPGP1010588.JPG

Jam 2.30 petang, DS Anwar bertolak ke Hotel Seri Malaysia Alor Setar untuk 2 sesi dialog yang dijadualkan. Sesi dialog pertama diadakan bersama dengan petubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan juga ahli-ahli korporat Cina negeri Kedah. Turut serta dalam sesi dialog ini adalah Yang Dipertua Ulamak Kedah, Yang Dipertua Jim dan juga pimpinan ABIM.

Antara isu menarik yang dibincangkan adalah pinjaman wang yang diambil oleh kerajaan daripada negara asing. Menjawab beberapa persoalan, DS Anwar menerangkan bahawa pada tahun 1993 semasa beliau masih lagi menteri kewangan, beliau telah menghentikan pinjaman daripada IMF kerana sumber kewangan negara banyak pada ketika itu. Beliau telah melaksanakan `belanjawan seimbang’ dimana wang-wang yang ada digunakan untuk membayar hutang, membantu rakyat dan juga untuk pembangunan negara. Menariknya, beliau dituduh ejen asing dan dalang IMF tetapi pada hakikatnya semasa beliau menjadi salah seorang penasihat Bank Dunia selepas dibebaskan beliau menyemak akaun Bank Dunia dan terdapat rekod pinjaman Malaysia pada tahun 1999, semasa beliau dipenjara!

Sesi dialog kedua pada jam 4.30 petang diadakan bersama dengan keADILan dan PAS Negeri Kedah. Dialog ini bertujuan untuk meningkatkan kesefahaman dan semangat kerjasaman kedua-dua parti untuk menjana kemenangan di Kedah. Dialog ini turut disertai oleh Naib Presiden PAS, Hj. Md Sabu, Mahfuz Omar dan juga Pengerusi PAS Kedah, Ustaz Azizan. Jam 6.30 petang, satu sidang media diadakan di Hotel Seri Malaysia. DS Anwar bersama Hj. Md. Sabu menjawab beberapa soalan wartawan tetang pendirian Barisan Rakyat mengenai pilihanraya kecil N11 Dun Ijok.

P1010593.JPGP1010596.JPGBersama Yang Di Pertua Ulamak Negeri Kedah

CIMG2807.JPGCIMG2812.JPGsidang media

Jam 8.30 malam, DS Anwar dan konvoi bergerak ke Kota Sarang Semut untuk ceramah perdana. Satu lagi kejutan apabila Markas Pas Kota Sarang Semut dipenuhi hampir 30,000 orang hadirin. Ceramah dimulakan dengan ucapan daripada Ustaz Azizan, Sdr Johari Abdul, Hj Md Sabu dan kemudiannya DS Anwar Ibrahim. Keadaan sama seperti Langkawi, hujan lebat mula turun tetapi 30,000 hadirin tetap tidak berganjak untuk mendengar ucapan DS Anwar!

P1010643.JPGP1010641.JPGP1010612.JPG

P1010608.JPGP1010605.JPG

Pulau Pinang - Sabtu, 14/4/2007

Jam 3 petang, DS Anwar telah mengadakan pertemuan dan mesyuarat dengan beberapa buah bahagian di Pulau Pinang. Mesyuarat ini diadakan di Yayasan Aman, Penanti. DS Anwar kemudiannya mengadakan perjumpaan tertutup pada jam 4.30 petang di tempat yang sama.

Jam 5.30 petang, DS Anwar dan konvoi bergerak ke Bayan Lepas untuk majlis perasmian Bilik Gerakan keADILan Bayan Baru. Lebih kurang 200 orang ahli-ahli keADILan hadir dan DS Anwar sempat memberikan ucapan ringkas sebagai satu amanat kepada semua ahli untuk menghadapi pilihanraya yang semakin hampir.

Pada sebelah malam, DS Anwar memberikan ceramah di Tasik Gelugor. Sepertimana sambutan-sambutan sebelum ini, tidak kurang hebatnya sambutan di Tasik Gelugor. Ribuan rakyat memenuhi kawasan ceramah mendengar amanat daripada pemimpin yang mereka sanjungi, Anwar Ibrahim!

P1010665.JPGP1010671.JPGP1010675.JPG

P1010677.JPGP1010696.JPGP1010698.JPG

Ijok - Pengistiharaan Calon, Selasa (17/4/2007)

Jalan masuk ke Kuala Selangor melalui Sungai Buluh mula sesak, jentera-jentera berat dan pekerja sibuk membetulkan jalan walaupun hari sudah agak lewat. Inilah dia kerajaan Barisan Nasional, mahu memperbodohkan rakyat Malaysia. Apabila ada sahaja pilihanraya kecil baru sibuk untuk membetulkan jalan.

DS Anwar tiba di Bilik Gerakan Keadilan Batang Berjuntai pada jam 9.30 malam diiringi oleh Presiden Keadilan, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan disambut oleh tarian naga serta paluan musik tradisi India. Turut ada disana adalah Azmin Ali, Dato Nallakarupan, Tan Sri Khalid Ibrahim, Dato’ Dr Hassan Ali, Ustaz Nasaruddin Md Isa dan pimpinan-pimpinan PKR dan PAS. Dianggarkan hampir 5000 orang memenuhi kawasan lapang untuk mendengar pengistiharaan calon dari parti keADILan yang akan bertanding di Ijok.

Selepas beberapa ucapan oleh pepimpin keADILan dan PAS, DS Wan Azizah selaku Presiden mengistiharkan Tan Sri Khalid Ibrahim, Bendahari Keadilan sebagai Calon keADILan di pilihanraya kecil N11 Dun Ijok. Kemudian Dato Nallakarupan dan Tan Sri Khalid memberikan ucapan yang sungguh bermakna membawa mesej kepada penduduk Ijok untuk menolak calon BN.

DS Anwar Ibrahim kemudiannya naik ke pentas untuk berucap, hadirin semakin ramai dan semakin rapat untuk mendengar amanat daripada DS Anwar. Kelihatan ramai juga hadirin daripada kaum Cina dan India. DS Anwar berucap dan diselit dengan beberapa potong ayat dalam bahasa Tamil dan disambut dengan tepukan gemuruh daripada hadirin. Dalam ucapan permulaan beliau di Ijok kali ini, beliau menegaskan kepada penduduk Ijok mengenai prinsip dan perjuangan Parti KeADILan yang berjanji untuk membela nasib semua kaum tanpa mengira Melayu, Cina ataupun India.

DS Anwar Ibrahim, Tan Sri Khalid dan Parti Keadilan kali ini nampak disambut baik oleh penduduk Ijok! Mari kita semua membantu jentera keADILan di Ijok untuk jana kemenangan rakyat disana!

P1010740.JPGP1010746.JPGP1010748.JPG

P1010799.JPGP1010803.JPGP1010840.JPG

P1010900.JPGP1010939.JPG

Rahimi Osman

gambar oleh: Ahan & Deeno

*ribuan terima kasih diucapkan kepada Team AIC kerana banyak mebantu. Lawati www.anwaribrahimclub.com

0 Comments:

Post a Comment

<< Home