Oleh Roslan SMS (http://n32.blogspot.com) - Laman M@RHAEN
Pihak SPR mengumumkan bahawa dari 10,195 undi yang dikeluarkan oleh pihaknya dalam Pilihnaraya Kecil Ijok Sabtu lalu, 143 kertas undi tidak dipulangkan. Dan menurut mereka bilangan itu merupakan jumlah tertinggi dalam rekod. Menurut Setiausaha SPR adalah merupakan satu kesalahan berdasarkan Seksyen 3(1) Akta Kesalahan Pilihanaraya 1954 untuk tidak memulangkan kertas-kertas undi yang dikeluarkan.
Apabila ditanya bagaimana kejadian ini boleh berlaku, Setiausaha SPR menurut BERNAMA berkata:
The EC is unable to do anything. The booth to mark the ballot paper is a private place. If the voter keeps the ballot paper as a souvenir, there is nothing we can do.Apa reaksi anda apabila membaca berita ini? 143 kertas undi yang dikelaurkan pada hari mengundi, kepada pengundi yang hadir, tiba-tiba boleh berlaku ianya tidak dikembalikan. Apa yang boleh anda baca dari kejadian ini?SPR tidak dapat berbuat apa-apa. Petak mengundi adalah tempat sulit. Sekiranya pengundi memilih untuk menyimpan keras undi itu sebagai cenderamata, tidak ada apa yang boleh kami lakukan.
Saya tidak tahu dengan yang lain tetapi berikut bacaan saya (berdasarkan kepada audio mengenai pembelian undi yang terpapar dalam laman sahabat saya Sdr Anuar Md Nor di http://www.umno-reform.com/ ):
Terdapat satu sindiket besar yang terlibat memperalatkan 143 kertas undi ini, bagaimana?
PERTAMA 143 kertas undi ini samada telah siap berada dalam tangan PEMBELI UNDI atau dikeluarkan oleh 143 pengundi.
KEDUA Sindiket akan memangkah BN pada kesemua 143 undi yang dikeluarkan ini.
KETIGA Sindiket akan mendekati melalui kakinya sejumlah para pengudi yang dikenal pasti. Jaringan 143 orang kaki sindiket ini akan mengunakan para pengundi yang dikenal-pasti iaitu dengan menyerahkan kertas undi yang bertanda BN ini kepada mereka untuk dibawa masuk ke bilik mengundi.
KEEMPAT Pengundi akan masuk ke bilik mengundi, menerima kertas undi baru tetapi memasukkan dalam peti undi kertas yang telah sedia dipangkah sedangkan kertas mereka akan dibawa keluar tanpa pangkah
KELIMA Kertas undi yang dibawa keluar tanpa pangkah akan diserahkan kepada sindiket dan pengundi tadi akan menerima habuan, kalau mengikut audio dalam Umno Reform sogokannnya adalah tunai RM150.00
KEENAM Seterusnya kertas undi yang dibawa keluar itu akan dipangkah pada ruangan BN dan proses di atas diulang kembali. Sekiranya kitaran atau cycle ini berulang 10 kali bermakna BN telah terjamin dengan 1,430 undi (soalnya berapa kalilkah cycle ini telah diulang-ulang di Ijok Sabtu lepas?)
KETUJUH Cycle ini akan berakhir apabila waktu mengundi tamat dengan 143 kertas undi yang divbawa keluar oleh jaringan pengundi terakhir diserahkan kepada sindiket.
Mungkinkah ini yang sebenarnya telah berlaku di Ijok Sabtu lepas?
Anda mungkin bertanya apakah pengundi itu tadi tidak boleh berpaling tadah dan melaporkan kejadian ini? Jawapannya ia tidak mungkin berlaku kerana pengundi telah menerima habian dan keduanya pengundi nanti akan diingatkan oleh sindiket bahawa mereka pun boleh didakwa di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya di atas jika sampai kepengetahuan pihak berkuasa, oleh itu semua pihak diam membisu.
Apalah sangat RM150 satu undi bagi mereka jika hadiahnya adalah memenangi satu kerusi dan menewaskan pihak pembangkang.
Ini cuma teori saya, ia mungkin benar dan mungkin juga tidak. Tetapi tindakan yang mengakibatkan 143 undi tidak dikemablikan di Ijok adalah sesuatu yang tidak rasional, tidak masuk akal, mustahil boleh berlaku kecuali sesuatu sebesar teori saya ini dirancang oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab!
Kenyataan SPR bahawa kononnya kertas-kertas undi ini dikeluarkan oleh mereka yang mahu menyimpannya sebagai cenderahati adalah kenyataan yang paling tidak masuk akal, takkanlah setakat itu sahaja kemampuan SPR untuk memikirkan rasionalnya tindakan ini.
Apa pun pihak-pihak yang memiliki kepentingan perlu melihat perkara ini secara serius dan menuntut agar suatu penyiasatan diperingkat tertinggi segera diadakan. Jika teori saya ini ada asasnya bermakna pilihanraya di Malaysia sudah tidak telus lagi malah telah diperkosa dengan penipuan paling besar yang akan meruntuhkan institusi demokrasi dan pilihanraya yang sama-sama kita dokong selama ini.
Mohon disiasat!
SILA KE ROSLAN SMS CORNER
http://n32.blogspot.com
roslansms@gmail.com
0 Comments:
Post a Comment
<< Home